Penerima BINGKAS P Selvarani, 39, membeli barangan keperluan asas ketika tinjauan Media Selangor di sebuah pasar raya di Gombak pada 15 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Seri Serdang terima 978 permohonan bantuan bulanan RM300

SHAH ALAM, 12 OKT: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang menerima 978 permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas).

Pengurusnya berkata permohonan bantuan bulanan RM300 itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

“Sebanyak 674 permohonan dikenal pasti layak menerima bantuan dengan 104 merupakan bekas penerima Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan bakinya adalah pemohon baru.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban belanja kepada keluarga susah dan mempunyai tanggungan ramai,” kata Mashitah Ismail ketika dihubungi.

Bingkas dilancarkan Jun lalu merupakan sebahagian daripada 44 insentif terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang yang bakal memanfaatkan 30,000 keluarga membabitkan dana RM108 juta.

Bayaran Bingkas berjumlah RM3,600 setahun dibuat menerusi Wavpay bagi memudahkan penerima berbelanja.


Pengarang :