Anggota Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) ketika menyampaikan kunci rumah baharu dan dibaik pulih di Sepang pada 30 September 2022. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

Empat asnaf di Sepang terima kunci rumah baharu, dibaik pulih

SHAH ALAM, 6 OKT: Seramai empat asnaf di daerah Sepang menerima kunci rumah baharu dan dibaik pulih untuk menikmati kediaman yang lebih selesa.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata penerima bantuan melibatkan penduduk di Sungai Pelek dan Kolam Air Bukit Bangkong bagi rumah baharu manakala baik pulih pula di Bagan Lalang dan Dengkil.

“Ada di antara mereka sebelum ini tinggal bercampur dengan keluarga yang bukan Islam, ada yang tinggal di pondok kayu berdindingkan papan lapis tanpa sebarang kemudahan utiliti dan ada juga menghadapi kebocoran bumbung yang teruk menjelang musim tengkujuh ini.

“Semoga kemaslahatan kediaman tempat tinggal ini dapat dikurangkan impak dengan adanya bantuan baik pulih dan bina baharu kepada para asnaf,” tulisnya di Facebook.

Menurut LZS, majlis serahan kunci pada 30 September lalu disempurnakan oleh ketua jabatan dan timbalan ketua jabatan Divisyen Operasi Agihan Asnaf bersama team daerah Sepang.

 


Pengarang :