Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
SELANGOR

Empat daerah di Selangor dijangka ribut petir hingga 6 petang

SHAH ALAM, 29 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di empat daerah di Selangor.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sedemikian sehingga 6 petang ini diramal berlaku di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Beberapa daerah negeri lain turut mengalami cuaca sama iaitu Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :