Anggota Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) Majlis Perbandaran Klang membuat pemantauan di lokasi titik panas berlaku banjir pada 8 Oktober 2022. Foto Facebook MPK
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Empat lokasi bersiko banjir di Klang terkawal, tiada limpahan air

SHAH ALAM, 8 OKT: Empat lokasi titik panas (hotspot) berlaku banjir dan fenomena air pasang besar di Klang terkawal, maklum Majlis Perbandaran Klang (MPK).

MPK berkata lokasi berkenaan ialah Pengkalan Jln Osman Baru Rantau Panjang Klang, Taman Selat Damai, Jeti Nelayan Sungai Keramat, Batu 4 dan Taman Teluk Gedung Indah.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu tinjauan dilakukan pasukan Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) antara jam 5 hingga 6 pagi tadi juga mendapati ketinggian air laut berada pada paras 5.1 meter.

Berikut perincian laporan tinjauan pasukan Pantas MPK:

1. Pengkalan Jln Osman Baru Rantau Panjang Klang
– Paras air pasang tinggi, namun tiada limpahan berlaku
– Ketinggian paras air maksimum dianggarkan pada 5.1 meter pada jam 4.55
– Paras air parit besar juga rendah

2. Taman Selat Damai
– Tiada berlaku banjir
– Pintu kunci air telah di tutup dan dalam keadaan baik
– Air pasang penuh pada jam 4.55 dengan ketinggian maksimum 5.1 meter
– Tiada kejadian ban pecah berlaku
– Sekitar lokasi dalam keadaan baik dan tidak hujan

3. Jeti Nelayan Sungai Keramat, Batu 4
– Tiada berlaku banjir
– Paras air laut mula meningkat naik, namun tidak melepasi ban
– Pintu kunci air telah di tutup dan dalam keadaan baik
– Air pasang penuh pada jam 4.55 pagi dengan ketinggian maksimum 5.1 meter.
– Tiada kejadian ban pecah berlaku
– Sekitar lokasi dalam keadaan baik dan tidak hujan

4. Taman Teluk Gedung Indah
– Tiada berlaku banjir di lokasi
– Air pasang penuh pada jam 4.55 pagi dengan ketinggian maksimum 5.1 meter
– Tiada kejadian ban pecah berlaku
– Pemantauan flap gate juga dalam keadaan baik
– Keadaan cuaca baik

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) semalam, paras air Sungai Buloh meningkat melebihi tahap amaran ekoran hujan lebat sejak petang.

Ia merekodkan bacaan 25 meter (m) melebihi tahap waspada berbanding normal iaitu 22 meter.


Pengarang :