Penduduk meredah banjir berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di sekitar Kampung Jalan Kebun Seksyen 30, Kampung Johan Setia dan Jalan Sungai Kandis pada 18 Disember 2021. Foto Facebook Bernama
SELANGOR

Enam daerah di Selangor diramal ribut petir hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 7 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam daerah iaitu Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang sehingga jam 12 tengah hari.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama termasuk hujan lebat turut berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya selain beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :