Ilustrasi tekanan mental yang dialami seorang lelaki. Foto ARKIB SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Jangan abai tekanan perasaan, hubungi kaunselor Sehat luah masalah

SHAH ALAM, 13 OKT: Individu mengalami tekanan, kegelisahan dan kemurungan disaran menghubungi talian Selangor Mental Sihat (Sehat) untuk berkongsi masalah dengan kaunselor bertauliah.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata individu yang berdepan masalah tersebut dinasihat tidak mengambil mudah kerana ia kemungkinan tanda gangguan kesihatan mental.

“Tekanan, kegelisahan dan kemurungan adalah antara tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami gangguan kesihatan mental.

“Namun, sikap ini sebenarnya amat bahaya dan hanya akan memakan diri. Jangan ambil mudah! Kongsi perasaan anda kepada kaunselor bertauliah,” katanya di Facebook.

Beliau berkata kaunselor Sehat boleh dihubungi menerusi talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.


Pengarang :