Exco Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail mengadakan lawatan ke reruai pameran sempena majlis perasmian Ekspo Usahawan Selangor (Selbiz) 2022 anjuran PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 3 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: Perluas niaga dalam talian, bantu usahawan jimat kos operasi

KLANG, 1 OKT: Perniagaan secara dalam talian diperluaskan lagi pada tahun hadapan menerusi peruntukan Belanjawan Selangor 2023, sekali gus meningkatkan pendapatan usahawan.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata langkah memperkasa perniagaan dalam talian dibuat hasil perbincangan bersama agensi berkaitan susulan keadaan ekonomi kurang memberangsangkan ketika ini.

“Kita mahu mempergiatkan konsep e-dagang kerana platform ini boleh mengurangkan kos operasi usahawan. Kita perlu jayakan Paltform Selangor (PLATS) untuk tujuan seperti ini,” katanya.

Beliau ditemui di Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Batu Tiga yang diadakan di parkir Masjid Kampung Kuantan di sini, hari ini.

Tambah Rodziah, menerusi belanjawan tahunan itu pihaknya juga akan memfokuskan aspek kewangan serta aliran tunai untuk peserta Klinik Usahawan.

“Bila kita bawa usahawan ke peluang luar negara, mereka ada potensi. Jadi kita akan fokus kepada ilmu berniaga supaya mereka faham dan hasilkan produk berkualiti selain tingkat daya saing,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijangka membentang belanjawan 2023 di Dewan Negeri Selangor pada 28 Oktober ini.

Pembentangan boleh diikuti secara langsung melalui saluran SelangorTV (selangortv.my) dan Facebook Media Selangor (www.facebook.com/MediaSelangor)


Pengarang :