AGENDAGLOBAL

Gempa bumi 5.5 skala Richter landa Banten, gegar hingga Jakarta

JAKARTA, 9 OKT: Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda dasar laut Banten, Pulau Jawa pada Ahad, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa berlaku pada 5.02 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 26km barat daya Lebak, Banten pada kedalaman 12 km.

Gegaran turut dirasai di Jakarta yang terletak kira-kira 131 km dari pusat gempa.

BMKG menerusi Twitter rasminya memberi amaran kepada orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan gegaran susulan. – BERNAMA

 


Pengarang :