AGENDANASIONAL

HARAPAN anjur jelajah mega di Kuala Selangor pada 26 Oktober

SHAH ALAM, 21 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengadakan jelajah mega Selangor di padang Dewan Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor pada 26 Oktober.

Bermula 8 malam, program anjuran Biro Mobilasi HARAPAN dengan slogan rasmi Kita Boleh dihadiri pemimpin tertinggi gabungan itu.

Antara yang dijadual hadir ialah pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Majlis turut disertai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari.

Orang ramai juga boleh menonton program berkenaan menerusi siaran langsung di Facebook Pakatan Harapan.


Pengarang :