Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama pimpinan parti dan Pakatan Harapan selepas menyampaikan ucapan perasmian sempena Kongres Nasional ke-16 KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal di sini, Shah Alam pada 16 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

HARAPAN umum manifesto PRU15 di konvensyen 29 Oktober

IPOH, 8 OKT: Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC), di sini pada 29 Oktober, kata Pengerusi PH Perak Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata konvensyen sehari itu dijangka dihadiri kira-kira 5,000 peserta, termasuk beberapa pemimpin utama HARAPAN termasuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Lima perkara utama bakal diumumkan menerusi konvensyen berkenaan iaitu calon Perdana Menteri dari HARAPAN, pembahagian kerusi antara parti komponen HARAPAN di seluruh negara, manifesto pilihan raya, lagu tema serta maskot yang akan digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya pada sidang media di Wisma Parti Amanah Negara (Amanah) di sini hari ini.

Beliau berkata sempena konvensyen itu, PH turut menganjurkan Jelajah PH di empat kawasan parlimen di negeri ini iaitu Parit Buntar, Lumut, Tambun dan Tapah. – BERNAMA


Pengarang :