AGENDA NASIONAL

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Harga runcit petrol untuk kesemua jenis produk petroleum adalah tidak berubah dan kekal bagi tempoh 20 hingga 26 Oktober 2022.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.95 seliter, RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

MOF berkata bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Harga yang ditetapkan itu adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :