Ilustrasi tekanan mental yang dialami seorang lelaki. Foto ARKIB SELANGORKINI
EXCO SELANGOR

Henti sakiti diri sendiri, hubungi kaunselor Sehat untuk nasihat

SHAH ALAM, 6 OKT: Individu yang mengalami self harm, perasaan yang mendorong tindakan mencederakan diri sendiri disaran segera mendapatkan bantuan dari kaunselor bertauliah dengan menghubungi talian Selangor Mental Sihat (Sehat).

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata mereka yang berdepan masalah itu cenderung menyakiti diri sendiri sebagai cara menangani perasan yang sukar atau melepaskan tekanan.

“Jangan ambil mudah. Kongsi perasaan anda kepada kaunselor bertauliah. Kami sedia mendengar,” katanya di Facebook hari ini.

Dalam hantaran sama, Dr Siti Mariah turut berkongsi langkah awal mengatasi self harm iaitu:

  •  segera dapatkan bantuan
  •  luahkan masalah kepada mereka yang dipercayai
  •  fahami situasi dan sebab melakukan self harming
  •  alih perhatian dan ekspresi emosi dengan tindakan yang betul

Kaunselor Sehat boleh dihubungi di talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari www.drsitimariah.com/sehat


Pengarang :