AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hijrah tawar pelan bantu usahawan terjejas bayar pembiayaan

SHAH ALAM, 12 OKT: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menawarkan Pelan Pemulihan Pembiayaan kepada peminjam yang berdepan masalah kewangan.

Agensi itu memaklumkan, menerusi pelan berkenaan pihaknya akan membantu usahawan menyusun semula jadual pembayaran balik.

“Kami bersedia membantu anda dengan tawaran Pelan Pemulihan Pembiayaan bagi menyusun semula jadual pembayaran balik anda.

“Hubungi pegawai kutipan di 20 Cawangan Hijrah Selangor untuk maklumat lanjut,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu, Hijrah amat menghargai komitmen usahawan yang tidak culas membuat bayaran balik ansuran pembiayaan.

“Bayaran balik ansuran pembiayaan anda amat membantu usahawan lain dalam mendapatkan modal pusingan perniagaan mereka,”


Pengarang :