AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa tiga daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 19 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini membabitkan daerah Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Situasi sama diramal di seluruh Kelantan dan Terengganu manakala Kedah di Baling, Perak (Hulu Perak), Pahang (Lipis, Raub, Bentong dan Kuantan) serta Negeri Sembilan (Jelebu).

Manakala Sarawak di Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu selain Sabah di Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :