Hujan lebat tidak menghalang orang ramai untuk membeli-belah sebagai persiapan sempena Aidilfitri ketika tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 22 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir diramal landa beberapa negeri hingga 10 malam esok

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak serta Labuan hari ini hingga 10 malam esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia, yang dikeluarkan pada 6.35 petang ini, kawasan di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Kawasan di Sarawak pula ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri serta Limbang. – BERNAMA


Pengarang :