AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir diramal landa lima daerah di Selangor

SHAH ALAM, 24 OKT: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor hingga 10 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih


Pengarang :