MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 9 pagi ini.
SELANGOR

Hulu Selangor diramal ribut petir hingga 1 pagi nanti

SHAH ALAM, 20 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Hulu Selangor sehingga jam 1 pagi nanti.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan itu dijangka turut berlaku di Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim serta Jeli dan Gua Musang di Kelantan.

Manakala Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh); Sarawak (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi dan Limbang); Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) serta Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :