Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hulu Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 9 malam

SHAH ALAM, 28 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama turut diramal di seluruh Perlis, Kedah, Pahang dan Labuan.

Manakala negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah berlaku di beberapa kawasan tertentu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :