AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 7 petang

SHAH ALAM, 24 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 7 petang ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

Beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah juga dijangka mengalami cuaca buruk sama.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :