Calon Parlimen Pasir Mas Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Husam Musa berucap ketika majlis pengumuman calon di Padang Majlis Perbandaraan Ampang Jaya (MPAJ), Taman Kosas, Ampang pada 28 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Husam bertanding di Pasir Mas, Nurul Izzah pertahan Permatang Pauh

SHAH ALAM, 28 OKT: Bekas wakil rakyat Salur Datuk Husam Musa diumum sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi kerusi Pasir Mas, manakala Nurul Izzah Anwar pula bakal mempertahan kerusi Permatang Pauh.

Mereka antara 72 calon yang diumum malam ini bersama majlis menandatangani bon aku janji, persetujuan pemulangan yuran deposit pencalonan dan persetujuan pemotongan elaun wakil rakyat.

Selain bekas naib presiden PAS itu, calon-calon yang diumum bertanding di Kelantan:

Bachok – Nor Azmiza Mamat
Ketereh – Rahimi L Muhamud
Tanah Merah – Mohamad Suparadi Md Noor
Machang – Dr Rosli Allani Abdull Kadir
Gua Musang – Asharun Uji

Di Pulau Pinang pula, Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek bertanding di Nibong Tebal, Sim Tze Tzin (Bayan Baru – penyandang) dan Mohamad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau – penyandang).

Di Kedah, Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan kerusi Kulim Bandar Baharu. Calon-calon lain:

Jerlun – Mohamed Fadzil Mohd Ali
Kubang Pasu – Mohd Aizuddin Ariffin
Alor Star – Simon Ooi Tze Min
Kuala Kedah – Dr Azman Ismail (penyandang)
Pendang – Zulkifly Mohamad
Merbok – Nor Azrina Surip
Sungai Petani – Mohammed Taufiq Johari
Padang Serai – Karupaiya a/l Mutusami (penyandang)

Calon di Terengganu pula:

Setiu – Mohamad Ngah
Hulu Terengganu – Alias Ismail
Dungun – Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad
Kemaman – Hasuni Sudin

Calon-calon KEADILAN untuk Sabah dan Sarawak akan diumumkan masing-masing di Kota Kinabalu dan Miri minggu depan.

Buat pertama kali, semua calon parti itu bertanding menggunakan lambang Pakatan Harapan, berbeza daripada 2018 sewaktu gabungan tersebut belum diluluskan.


Pengarang :