Peserta yang hadir ketika Multaqa Murabbi Ummah peringkat negeri di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam pada 18 Oktober 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Imam, pendakwah di Selangor perlu terus peduli isu ummah

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 19 OKT: Murabbi di Selangor termasuk imam, guru Kafa, pendakwah, pegawai masjid dan guru takmir perlu reaktif dengan isu ummah yang berlaku dalam masyarakat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ilmu dan kemahiran murabbi juga perlu terus digilap dan dibangunkan.

“Era globalisasi menuntut pendakwah dan murabbi untuk terus peduli dan cakna dengan isu ummah seperti ancaman akidah, kerapuhan perpaduan, cabaran ekonomi, kelesuan minda, ketagihan gajet, kurang daya saing serta gagal melibatkan diri dalam program pembangunan kompetensi yang banyak disediakan kerajaan.

“Cara berfikir anak-anak kita perlu diubah dan diperbetulkan,” katanya ketika berucap merasmikan Multaqa Murabbi Ummah (MMU) Peringkat Negeri Selangor 2022 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata memang benar pendidikan dan kefahaman akidah perlu diperkasakan, selain ilmu al-Quran dan fardu ain bagi menjamin aspek kekuatan kerohanian dan spiritual.

“Namun, kita harus menyedari tuntutan fardu kifayah untuk keluarga, komuniti, ummah, negeri dan negara perlu juga ditekankan.

“Negeri dan negara perlu terus dimaju dan dibangunkan bagi memastikan kelangsungan kehidupan ummah yang kondusif, lestari, sejahtera dan aman dapat dinikmati oleh rakyat seluruhnya,” katanya.


Pengarang :