Ilustrasi tekanan mental yang dialami seorang lelaki. Foto ARKIB SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Individu murung disaran manfaat talian Sehat, 30 kaunselor bertauliah sedia bantu (VIDEO)

SHAH ALAM, 18 OKT: Individu mengalami tekanan dan kemurungan disaran memanfaatkan talian Selangor Mental Sihat (Sehat) untuk berkongsi masalah dengan kaunselor bertauliah.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata seramai 30 kaunselor sentiasa bersedia menerima panggilan untuk membantu mereka.

“Gangguan kesihatan mental merupakan masalah kesihatan kedua tertinggi di Malaysia,” katanya dalam satu video yang dimaut naik di Facebook.

“Justeru, saya menyeru rakyat mengambil peluang untuk mendapatkan perkhidmatan dengan menghubungi 1700-82-7537 atau 1700-82-7536. Seramai 30 kaunselor bertauliah menunggu untuk membantu anda.”

Menurut Dr Siti Mariah, Kerajaan Negeri juga menyediakan intervensi awal kepada mereka yang didiagnos menghadapi masalah kesihatan mental oleh pakar psikiatri.

Selain kos rawatan ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri, Dr Siti Mariah menerusi video berkenaan turut memaklumkan program Sehat membantu menjimatkan tempoh dan sesi rawatan melibatkan klinik kerajaan dan swasta.

“Tahun ini merupakan tahun keempat Kerajaan Negeri melaksanakan program Sehat. Selangor memperuntukkan RM1 juta untuk progam ini.

“Pada 2021, SEHAT menerima penyertaan daripada 50,000 orang melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri menyediakan talian SEHAT untuk memudahkan akses rakyat kepada kaunselor-kaunselor bertauliah,” katanya lagi.

http       ://


Pengarang :