AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah bantuan rakyat di Sepang bermula esok

SHAH ALAM, 28 OKT: Jelajah Selangor Penyayang fasa dua bagi memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat berlangsung di Sepang pada Sabtu dan Ahad ini.

Bertemakan Menjamin Kehidupan Bermartabat, program di KIP Sentral, Kota Warisan turut dimeriahkan dengan pelbagai acara antaranya persembahan artis popular Nabila Razali dan Baby Shima, saringan percuma, jualan barangan asas murah serta pameran.

Turut diadakan cabutan bertuah, pertandingan memanah, rumah hantu, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan basikal lasak BMX, zumba, permainan tradisional dan jualan makanan.

Acara selama dua hari itu bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, yang turut dijadual mengadakan program bersama komuniti dan penggerak masjid.

Sebelum ini, program bantuan rakyat diadakan di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam dan Stadium Sultan Sulaiman, Klang.

Acara sama pernah diadakan di Taman Kosas Ampang Jaya dan Dataran Pantai Morib Kuala Langat, Stadium Utama Kuala Selangor, Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Padang Awam Batu Caves.


Pengarang :