AGENDANASIONAL

Jelajah bantuan rakyat singgah Klang 22 dan 23 Oktober

SHAH ALAM, 19 OKT: Jelajah Selangor Penyayang fasa dua bagi memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat diteruskan di Klang pada 22 dan 23 Oktober.

Bertemakan Membina Keluarga Penyayang, program di Stadium Sultan Sulaiman menyajikan pelbagai acara antaranya persembahan artis, saringan percuma, jualan barangan asas murah dan pameran.

Turut diadakan cabutan bertuah, pertandingan e-sukan, pakaian beragam keluarga, mewarna dan acara sukan rakyat seperti tarik tali, gusti lengan dan liga penalti.

Acara selama dua hari itu bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan akan diteruskan ke daerah lain setiap minggu sehingga awal November.

Pada 29 dan 30 Oktober, acara sama akan diadakan di KIP Sentral, Sepang sementara pada 5 dan 6 November di Persiaran As Salam, Hulu Selangor.

Sebelum ini, ia diadakan di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat, Stadium Utama Kuala Selangor, Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Padang Awam Batu Caves.

 


Pengarang :