Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Prihatin Rakyat DUN Kota Damansara di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 4 September 2022.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah jualan murah barangan asas PKPS singgah ke sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 12 OKT: Inisiatif jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat diadakan di Kampung Sungai Nipah (DUN Sungai Panjang), Padang Pangsapuri A1 (DUN Teratai), Taman Semenyih Impian (DUN Semenyih), hadapan Arif Bistro Seksyen 24 (MPP Zon 8) dan balai raya MPKK Kg Baru Sungai Chua (Balakong).

Program turut diadakan tapak parkir Madrasah Hajjah Zubaidah Jalan PJS1/52 Petaling Jaya (DUN Taman Medan), tapak pasar malam Subang 2 (DUN Kota Damansara), parkir masjid Kg Sungai Pinang (Sementa) dan dataran balai raya MPKK Kg Jenderam Hulu (DUN Sungai Pelek).

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Maklumat lokasi Jelajah Ehsan Rakyat juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :