Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Bukit Melawati di Sasaran Sungai Buloh, Kuala Selangor pada 21 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKIN
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jelajah jualan murah PKPS singgah Paya Jaras, Hulu Kelang esok

SHAH ALAM, 26 OKT: Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan di sembilan lokasi esok bagi membantu orang ramai mendapatkan barang keperluan asas di bawah harga pasaran.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari dijalankan di kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, Banting, Sementa, Pandan Indah, Hulu Kelang, Rawang, Kuang, Bukit Melawati dan Sungai Panjang.

PKPS menawarkan barangan dapur seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan) dalam program bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari itu.

Tidak ketinggalan ikan kembung atau selayang dengan RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10) yang dijual perbadanan menggunakan lori.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk program tersebut di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Inisiatif itu bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :