AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jelajah kebajikan fasa dua di Sabak Bernam 14 dan 15 Oktober

SHAH ALAM, 12 OKT: Jelajah Selangor Penyayang fasa dua yang meliputi pelbagai bantuan dan aktiviti untuk rakyat diadakan di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 14 dan 15 Oktober.

Program yang sebelum ini berlangsung di lima daerah menyajikan pelbagai acara antaranya persembahan kesenian, saringan kesihatan percuma, jualan barangan asas murah dan pameran.

Bertemakan Menjana Ekonomi Manusiawi, pelancaran oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut meliputi serahan dana usahawan dan penyerahan Kunci Kedai Smart Selangor.

Beliau juga dijadual menyerahkan Notis 5A di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak pada 14 Oktober selain mengadakan program kenduri rakyat dan penggerak masjid.

Amirudin turut melepaskan pelumba basikal dari situ ke Meru Raya, Perak bagi peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) dalam program jelajah tersebut.

Sebelum ini, acara sama berlangsung di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat Stadium Utama Kuala Selangor, Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Padang Awam Batu Caves, Gombak.

Aturcara lengkap program jelajah tersebut seperti berikut:

 

 


Pengarang :