AGENDANASIONAL

Jelajah Mega HARAPAN di Kuala Selangor malam esok

SHAH ALAM, 21 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengadakan jelajah mega Selangor di padang Dewan Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor malam esok.

Bermula 8 malam, program anjuran Biro Mobilasi HARAPAN dengan slogan rasmi Kita Boleh bakal disertai pemimpin tertinggi gabungan pelbagai parti itu.

Antara yang dijadual hadir ialah pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Majlis turut disertai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari dan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli.

Orang ramai boleh juga menonton siaran langsung program berkenaan di Facebook Pakatan Harapan.


Pengarang :