Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah pada Jualan Ehsan Rakyat di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan barang murah diteruskan di Jelajah Selangor Penyayang, singgah DUN Bukit Antarabangsa esok

SHAH ALAM, 22 OKT: Jualan murah barangan dapur sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Sulaiman, Klang diteruskan lagi esok.

Jualan Ehsan Rakyat anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut dilangsungkan di lapan lagi lokasi membabitkan beberapa Dewan Undagan Negeri (DUN).

Bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari, lokasi terlibat meliputi padang bola Taman Manikavasagam (Permatang), Kampung Selayang Indah (Templer) dan tapak pasar malam Ukay Perdana (Bukit Antarabangsa).

Selain itu, program turut berlangsung di Balairaya Batu 9, Kebun Bharu (Sijangkang), Kampung Sungai Buaya (Morib), Dewan Kanchong Darat (Morib) dan Kampung Sungai Kelambu (Tanjung Sepat).

Program Jelajah Ehsan Rakyat bermula 6 September sehingga 6 Disember ini menawarkan jualan barangan makanan pada harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Produk dijual meliputi ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur (RM10 sepapan), ikan kembung atau selayang (RM6 per pek) minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :