Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Bukit Melawati di Sasaran Sungai Buloh, Kuala Selangor pada 21 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan barangan asas murah PKPS rehat dua hari sempena Deepavali

SHAH ALAM,22 OKT: Jelajah Ehsan Rakyat yang membawa barangan asas ke serata daerah berehat dua hari mulai 24 Oktober sempena sambutan Deepavali.

Jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kembali beroperasi ke sembilan lagi lokasi pada 26 Oktober.

“Bersempena dengan perayaan Deepavali, Jelajah Ehsan Rakyat akan berehat selama dua hari, pada 24 dan 25 Oktober. Kita jumpa semula pada 26 Oktober,” kata agensi itu menerusi Facebook.

Bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, jualan murah berkenaan membawa enam barangan antaranya ayam dan telur.

Menerusi program itu, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

PKPS turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk program tersebut di 56 Dewan Undangan Negeri mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.


Pengarang :