Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Bukit Melawati di Sasaran Sungai Buloh, Kuala Selangor pada 21 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKIN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah ayam, daging, ikan diterus ke sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 1 OKT: Program jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lagi lokasi esok, mulai  9 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat diadakan di Jalan Gamelan 1, off Jalan Hamzah  (Kuala Kubu Bharu), depan Masjid Baroh, Kampung Sungai Tengi Kanan Baroh (Sungai Burong), pejabat ahli majlis Zon 19 Dataran Setia, Kampung Setia (Kuang) dan Taman Garing Jaya (Rawang)

Lokasi jualan murah turut meliputi kawasan Flat Selayang Mulia (Sungai Tua), Flat L20 Pandan Jaya (Pandan Indah), Sekolah Rendah Agama Kampung Medan 2, Petaling Jaya (Taman Medan), Pangsapuri Subang Suria (Kota Damansara) dan Balai Raya MPKK Kampung Hulu Teris (Tanjung Sepat).

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg(RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Maklumat lokasi Jelajah Ehsan Rakyat juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :