Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Bukit Melawati di Sasaran Sungai Buloh, Kuala Selangor pada 21 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKIN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah barangan asas di Tasik Taman Seri Serdang Sabtu ini

SHAH ALAM, 5 OKT: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di Pekarangan Tasik Taman Seri Serdang, Sabtu ini.

Pusat Khidmat Masyarakat Seri Serdang menerusi Facebook memaklumkan program bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Program menerusi Jelajah Ehsan Rakyat (JER) itu menawarkan ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut ditawarkan ialah ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg(RM25) dan beras 5kg (RM10)

“Sudahlah murah, segar pula tu. Berbaloi sungguh! Apa tunggu lagi, jom ke lokasi JER,” kata pusat khidmat itu.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Inisiatif dilaksana PKPS bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang itu memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.


Pengarang :