Orang ramai membeli barangan keperluan harian ketika Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Lembah Jaya di Taman Ampang Indah, Ampang Jaya pada 17 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah barangan dapur di DUN Sungai Tua, Sementa esok

SHAH ALAM, 11 OKT: Program jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri bakal diteruskan di sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Lokasi Jelajah Ehsan Rakyat meliputi DUN Sungai Panjang, Taman Templer, Sungai Tua, Teratai, Taman Medan, Kota Damansara, Sementa, Sijangkang dan Sungai Pelek.

Barang yang ditawarkan adalah ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 sekilo), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk meneruskan program tersebut di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini.

Inisiatif kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

 


Pengarang :