Orang ramai beratur bagi membeli barangan keperluan harian ketika Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 18 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah PKPS berehat sebentar, kembali terjah sembilan lokasi 7 Oktober

SHAH ALAM, 3 OKT: Lori Jelajah Ehsan Rakyat yang membawa barangan keperluan harian pada harga murah berehat sebentar mulai hari ini hingga 6 Oktober.

Bagaimanapun, program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kembali menerjah sembilan lagi lokasi pada 7 Oktober.

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk program tersebut di 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember melibatkan 160 lokasi.

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan asas pada harga murah sempena Jelajah Ehsan Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Klang pada 14 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Inisiatif dilaksana PKPS bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang itu memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Agensi itu menawarkan barang keperluan asas seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut dijual pada harga murah ialah ikan kembung atau selayang dengan RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).


Pengarang :