Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Pandan Indah Ir Izham Hashim meninjau program jualan murah barangan asas sempena Jelajah Ehsan Rakyat di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 16 Oktober 2022. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Jualan murah sempena Deepavali di Pandan Indah Khamis ini

SHAH ALAM, 17 OKT: Jelajah Ehsan Rakyat sempena Deepavali khusus untuk penduduk Pandan Indah akan diadakan pada Khamis ini, kata wakil rakyatnya.

Ir Izham Hashim berkata jualan murah barangan asas bertempat di di Flat Blok D, Pandan Jaya itu bertujuan memudahkan orang ramai membeli persiapan perayaan.

“Khusus bagi warga Pandan Indah, program Jualan Ehsan Rakyat (JER) sempena sambutan Deepavali akan diadakan di Flat Blok D, Pandan Jaya pada 20 Oktober ini.

“Warga Pandan Indah jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai barangan asas pada harga murah,” katanya di Facebook.

Jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Menerusi inisiatif tersebut, ayam standard dijual RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung atau selayang (RM6 setiap pek), minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk  program tersebut di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Maklumat lokasi Jelajah Ehsan Rakyat juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :