Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis pelancaran Rumah Idaman Melur dan program penanaman pokok @ Jelajah Selangor Penyayang di Kita@Cybersouth, Sepang pada 29 Oktober 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kaedah percepatkan projek RS-1 diumum dalam belanjawan negeri

SEPANG, 30 OKT: Inisiatif menjayakan beberapa projek terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) akan diumum ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2023 hujung bulan depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu melibatkan agenda Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA), Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) dan Gerbang Maritim Selangor (SMG).

“Jawatan kuasa khas dibentuk untuk cepatkan proses pembangunan dan akan umum dalam belanjawan negeri nanti.

“Inisiatif ini supaya semua projek bolah dilakukan dengan segera dan pantas sekali gus menarik pelaburan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pembinaan Rumah Idaman Melur di sini semalam.

Pada 15 Oktober, sempena Jelajah Selangor Penyayang (JSP) Sabak Bernam, Amirudin melancarkan SABDA, projek melibatkan sektor awal dan swasta berjumlah RM1.9 bilion yang boleh menjana hasil tahunan sebanyak RM246 juta setahun selain membekalkan 4,000 peluang pekerjaan.

Sempena JSP daerah ini hari ini, beliau dijangka melancarkan IDRIS yang merupakan projek pembangunan sekitar Sepang dan Kuala Langat dengan peruntukan RM1 trilion.


Pengarang :