Kakitangan KDEB Waste Management (KDEBWM) memasukkan pakaian terpakai ke dalam tong yang disediakan pada Majlis Pelancaran Kloth Cares Bin sempena Hari Alam Sekitar Negara 2022 KDEBWM di Lobi Menara Bank Rakyat, Shah Alam pada 21 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

KDEBWM: 2,000 tan sampah fabrik dibuang ke tapak pelupusan

SHAH ALAM, 21 OKT: Sebanyak 2,000 tan sampah fabrik dibuang ke tapak pelupusan sampah pada 2019, kata pengurus besar pengurusan subsidiari & pelaksana projek KDEB Waste Management (KDEBWM).

Menurut Ahadi Mohd Nasir keadaan itu antara punca pencemaran alam sekitar apabila fabrik yang dilupus secara terbuka membebaskan metana iaitu gas rumah hijau berbahaya sekali gus menjadi penyumbang utama pemanasan global.

“Malah, pewarna yang mengandungi bahan kimia pada pakaian boleh meresap ke dalam tanah hingga menyebabkan pencemaran air bawah tanah. Kemudiannya air ini juga dibawa ke sungai dan sebagainya.

“Oleh sebab itu, bermula tahun lalu kita mula galakkan kempen kitar semula fabrik bagi mengurangkan pembuangannya ke tapak pelupusan sampah, orang hanya tahu botol, tin atau kotak kitar semula, sedangkan fabrik juga boleh dikitar semula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Tong Kloth Cares dengan kerjasama KDEBWM di lobi Menara Bank Rakyat Shah Alam, hari ini.

Turut hadir pengasas bersama Kloth Cares Nik Suzila Hassan dan Pengarang Kumpulan Media Selangor Fathi Aris Omar.

Kloth Cares adaklah pergerakan keusahawanan sosial tempatan yang menerapkan konsep 3R (guna semula, kurang dan kitar semula).


Pengarang :