Pekerja pembersihan KDEB Waste Management giat mengangkut sisa domestik dari kawasan kediaman. Foto Bernama
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

KDEBWM ajak orang ramai asing sisa domestik, bantu mudah proses lupus

SHAH ALAM, 12 OKT: KDEB Waste Management (KDEBWM) mengesa orang ramai mengasingkan sisa domestik basah dan kering bagi membantu memudahkan proses pelupusan sampah.

Syarikat pengurusan perkhidmatan sisa pepejal dan pembersihan awam negeri berkata tindakan berkenaan turut membantu mengurangkan kadar sampah di tapak pelupusan.

Menurut agensi itu, kadar pencemaran udara dan air turut dapat dikurangkan kerana pengurusan sisa pepejal yang lemah di tapak pelupusan menyebabkan pencemaran kimia berlaku.

“Kebanyakan kita menganggap pengasingan sisa sebagai amalan yang baik tetapi tidak menganggapnya sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipikul.

“Berdasarkan laporan mengenai data kutipan sisa di Malaysia, trend peningkatan penjanaan sisa pepejal dijangka mencecah kira-kira 39,936 tan pada tahun ini,” katanya di Facebook.

Menurut KDEBWM, pengasingan sisa juga memudahkan penggunaan proses pelupusan sampah yang berbeza seperti pengkomposan, kitar semula, dan pembakaran boleh digunakan untuk pelbagai jenis sisa.

“Oleh itu, bersamalah kita menjaga kebersihan dan keamanan alam sekitar dengan mengamalkan pengasingan sisa bermula hari ini,” katanya lagi.


Pengarang :