Pasukan KDEBWM cawangan Kajang menyertai program gotong-royong Kutip Sampah Sambil Riadah bagi membersihkan tebing Sungai Kuyoh, Sri Serdang pada 29 Oktober 2022. Foto Facebook KDEBWM
AGENSISELANGOR

KDEBWM hantar pasukan jaya program gotong-royong, pastikan negeri sentiasa bersih

SHAH ALAM, 31 OKT: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyertai program gotong-royong anjuran pelbagai pihak dibeberapa kawasan bagi memastikan kelestarian alam sekitar di Selangor sentiasa bersih dan harmoni.

Penglibatan agensi itu selaras dengan usaha Kerajaan Selangor dalam mendukung Dasar Kebersihan Negara dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan.

“Pasukan operasi KDEBWM di seluruh cawangan sentiasa komited menyediakan perkhidmatan pembersihan yang optimum menerusi penyertaan di dalam program-program anjuran pelbagai pihak,” katanya.

Pada 29 Oktober, KDEBWM cawangan Subang Jaya membantu kerja pembersihan awam bagi menjayakan Kempen Hapus Aedes Negeri sekitar Bandar Rinching, Hulu Langat.

Majlis yang disempurnakan EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud membabitkan 12 krew pembersihan selain dua unit tong sampah pukal disediakan bagi melancarkan kerja pembersihan .

Sementara di Sri Serdang pula, pasukan KDEBWM cawangan Kajang turut membantu menjayakan program Kutip Sampah Sambil Riadah bagi membersihkan tebing Sungai Kuyoh.


Pengarang :