Stadium Malawati Shah Alam ketika dijadikan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sebagai Pusat Penilaian Covid-19. Foto Facebook JKNS
AGENDASUKANKINI

Kejohanan gimnastik estetik dunia di Stadium Malawati akhir Oktober

SHAH ALAM, 13 OKT: Sebanyak 500 atlet dari 20 negara akan mengambil bahagian pada Kejohanan Piala Dunia Kumpulan Gimnastik Estetik (AGG) 2022 di Stadium Malawati, Shah Alam, dari 26 hingga 30 Oktober ini.

Timbalan Presiden Persatuan Kumpulan Gimnastik Estetik Malaysia (MAGGA), Datuk Radha Krishnan, dalam kenyataan hari ini, berkata Malaysia, selaku tuan rumah, akan menghantar 200 atlet menyertai kejohanan tersebut.

Katanya, ia adalah satu penghormatan besar bagi Malaysia untuk menganjurkan acara berprestij ini di mana sebelum ini kebanyakannya diadakan di benua Eropah.

Beliau berkata gimnastik estetik telah berkembang dengan sangat pesat di Amerika Syarikat, Eropah dan juga beberapa negara Asia dan MAGGA yang ditubuhkan enam tahun lalu telah menganjurkan beberapa kejohanan kebangsaan dan menghantar atletnya ke Kejohanan Dunia di luar negara pada 2018 dan 2019.

– BERNAMA


Pengarang :