Sebahagian pemenang Kejohanan Mobile Legends Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara yang dianjurkan baru-baru ini. Foto Ng Sze Han
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Kejohanan Mobile Legends Kinrara dapat sambutan, disertai 48 pasukan

SHAH ALAM, 11 OKT: Penganjuran Kejohanan Mobile Legends Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara mendapat sambutan menggalakkan apabila 48 pasukan menyertai pertandingan itu.

Berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), kejohanan yang pertama kali dianjurkan turut mendapat penyertaan peserta dari daerah Ampang dan Klang.

Wakil rakyat Kinrara Ng Sze Han berkata beliau tidak menyangka penganjuran itu mendapat sambutan daripada peminat e-sukan.

ADN Kinrara Ng Sze Han mencuba permainan e-sukan menerusi Kejohanan Mobile Legends Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara yang dianjurkan baru-baru ini. Foto Ng Sze Han

“Sukarelawan Team Selangor mencadangkan supaya kita menganjurkan program ini yang sememangnya diminati golongan belia.

“Tidak sangka sambutan diterima menggalakkan kerana bukan sahaja disertai penduduk Kinrara tetapi dari Ampang dan Klang. Sebanyak 48 pasukan menyertai kejohanan yang mana setiapnya mempunyai lima peserta,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Sze Han, pihaknya bercadang untuk mengadakan program berkenaan pada masa akan datang berikutan sambutan baik yang diterima.

Monster Vicious dinobat sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai RM1,000 diikuti Madness E-sport di tempat kedua (RM800), ketiga dimenangi Dream Chaser MY (RM500) dan tempat keempat Guerra (RM300).


Pengarang :