Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara menewaskan Palestin 4-0 dalam kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia pada 1 Oktober 2022. Foto Facebook FAM
AGENDASUKANKINI

Kelayakan Piala Asia bawah 17 tahun: Malaysia atasi Palestin 4-0

SHAH ALAM, 1 OKT: Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-17 2023 dengan menewaskan Palestin 4-0, sebentar tadi.

Pada aksi sulung kumpulan B di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia, anak buah Osmera Omaro terpaksa menunggu hingga minit ke-50 untuk berada di depan hasil jaringan Anjasmirza Saharudin, lapor portal Berita Harian.

Pasukan negara menambah jaringan pada minit ke-68 menerusi Faris Danish Mohd Asrul, diikuti Arami Wafiy Mohamad Zakimi (minit ke-74) dan Zainurhakimi Zain Azraii melengkapkan gol keempat ketika perlawanan berbaki tiga minit.

Malaysia meneruskan saingan kelayakan menentang Guam pada Rabu ini, diikuti Emiriah Arab Bersatu (7 Oktober) dan Indonesia (9 Oktober).

Menurut format pertandingan, 10 juara kumpulan dan hanya lima naib juara terbaik akan layak ke Piala Asia B-17 2023.


Pengarang :