Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada sambutan Deepavali peringkat negeri di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kesepaduan rakyat berbilang bangsa, agama resipi kejayaan negeri

SHAH ALAM, 24 OKT: Selangor menjadi negeri makmur hasil kesepaduan dan perpaduan utuh dalam kalangan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama, kata Dato’ Menteri Besar.

“Menjunjung kasih Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berangkat dan merasmikan Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Selangor di Klang.

“Kemakmuran negeri ini adalah hasil kesepaduan dan perpaduan yang utuh di kalangan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama. Inilah resipi kejayaan Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Selangor menganjurkan majlis sambutan Deepavali peringkat negeri di Jalan Tengku Kelana, Klang pada Sabtu. Turut berkenan berangkat ke program tersebut DYTM Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Lebih 1,000 masyarakat India hadir memeriahkan sambutan Deepavali pada kali ini setelah tidak menyambutnya sejak dua tahun susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Terletak di bandar Klang Selatan, Jalan Tengku Kelana atau dikenali sebagai Little India Klang merupakan kawasan membeli-belah popular setiap kali menjelangnya Deepavali.

Lokasi ini menjual pelbagai barangan untuk kegunaan kaum india seperti sari, teksti, barangan logam, barang kemas, rempah ratus dan makanan tradisi.


Pengarang :