Hujan lebat sejak jam 3 petang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang dilanda banjir kilat pada 9 Oktober 2022. Foto BERNAMA
SELANGOR

KL, tiga daerah di Selangor diramal ribut petir hingga 7 malam

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Kuala Lumpur dan tiga daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan keadaan itu berlaku di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Beberapa daerah di tujuh negeri lain turut mengalami keadaan sama iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :