Gambar hiasan. Foto BERNAMA
SELANGOR

Klang, Hulu Langat diramal ribut petir hingga 9 malam

SHAH ALAM, 4 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara sehingga jam 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama termasuk hujan lebat turut berlaku di dua daerah di Selangor iaitu Klang, Hulu Langat.

Beberapa daerah negeri lain turut dilanda cuaca sama iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :