Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rakyat (JER) di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 14 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kunjungi jualan ehsan rakyat di sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 15 OKT: Inisiatif jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat diadakan di Dataran Niaga, Kampung Gesir Tengah (DUN Hulu Bernam), kawasan parkir, Padang MPAJ (DUN Pandan Indah), hadapan Surau Al-Islamiah, 88 Lorong Permai 1A (DUN Teratai) dan pekarangan Surau Al-Asmah, Taman Seri Jelok (DUN Kajang).

Program turut diadakan di pekarangan Surau Rimba Jaya (DUN Batu Tiga). Balai Penghulu Telok Panglima Garang (DUN Dijangkang), Dewan Kampung Orang Asli, Kampung Bukit Bangkong (DUN Tanjung Sepat) dan Dewan Besar Kampung Labohan Dagang (DUN Dengkil).

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Maklumat lokasi Jelajah Ehsan Rakyat juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :