EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim (tiga, kanan) ditemani EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han bergambar bersama selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan peralatan menghadapi bencana banjir kepada pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah ketika Majlis Kami Prihatin Koridor Utiliti Selangor di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 19 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

KUSEL sumbang kelengkapan operasi bah, bantu PBT, PDT di kawasan berisiko

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 19 OKT: Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd (KUSEL) menyumbang peralatan operasi musim banjir kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Selangor sebagai persediaan menghadapi risiko bah di negeri ini.

Pengerusi KUSEL Ir Izham Hashim berkata sumbangan 14 unit penjana kuasa elektrik mudah alih dan 14 unit jet pembersih bertekanan tinggi diserahkan kepada lapan PBT dan enam PDT di kawasan berisiko tinggi banjir semasa peralihan monsun timur laut akhir tahun ini.

“Selain itu, turut disumbangkan adalah bot keselamatan ‘boston whaler’ dengan enjin OMB 15HP yang mampu membawa lapan penumpang pada satu-satu masa yang akan digunakan kerajaan Negeri untuk misi menyelamat musim banjir.

“Bencana banjir tahun lalu menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM1.4 bilion jadi bantuan dan sokongan ini penting bagi memastikan gerak kerja musim banjir dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim (tengah) ditemai EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han bergambar bersama selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan peralatan menghadapi bencana banjir kepada pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah ketika Majlis Kami Prihatin Koridor Utiliti Selangor di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 19 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Berucap merasmikan majlis penyerahan kelengkapan peralatan berkenaan hari ini, Izham yang juga EXCO Infrastruktur berkata sumbangan ini bagi memastikan pihak berwajib menerima sokongan dan bantuan yang diperlukan dalam misi mencari dan menyelamat pada musim banjir nanti.

Sebelum ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara mengenal pasti lapan daerah di Selangor sebagai lokasi kerap banjir iaitu Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.


Pengarang :