Pihak Infrasel menurap jalan raya yang rosak dalam tempoh 24 jam hasil aduan orang ramai di Jalan Lama Batu 53, Panchang Bedena, Sabak Bernam pada 4 Oktober 2022. Foto Twitter Infrasel
AGENSISELANGOR

Lagi jalan diturap dalam tempoh 24 jam lepas adu di Twitter

SHAH ALAM, 5 OKT: Penurapan Jalan Lama Batu 53, Panchang Bedena di Sabak Bernam diselesaikan dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan ramai di Twitter.

Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) memaklumkan kerja baik pulih tersebut dibuat semalam sejurus pihaknya menerima laporan.

Syarikat itu juga meminta orang ramai untuk terus membuat aduan menerusi platform sama disertai tanda pagar #infrasel #namajalan #daerah di mana kerosakan jalan berlaku.

Sebelum ini, InfraSel membaiki beberapa laluan antaranya Jalan Sawah Ban, Pasir Panjang selain Jalan Genting Highlands – Batang Kali dan Jalan Rahidin 1, Kampung Paya Jaras Dalam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti masing-masing menerusi Twitter.

Menurutnya, proses pelaporan kerosakan jalan di Selangor dipermudah dengan aduan di platform berkenaan sebelum ditapis dan disemak secara automatik.

 

 


Pengarang :