Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan Jentera Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tu sempena Jelajah Mega Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor di padang Dewan Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor pada 26 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih sedekad di Selangor, HARAPAN bukti mampu tadbir dengan baik

KUALA SELANGOR, 27 OKT: Pencapaian cemerlang Selangor bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) membuktikan gabungan itu mampu mentadbir lebih baik berbanding pihak lawan.

Pengerusi HARAPAN negeri Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejayaan itu merupakan bukti nyata, yang hidup dan masih ada untuk ditunjukkan kepada rakyat.

“Kita di Selangor Darul Ehsan, saya sebut satu sahaja bab rizab. Semasa Barisan Nasional (BN) perintah, rizab RM400 juta. Perikatan Nasional langsung tidak pernah perintah, jadi rakan kongsi kecil sahaja.

“Tetapi bila kita tadbir, hampir setengah bilion kita belanjakan tiap-tiap tahun untuk bantu rakyat. Terbaharu kita umum Skim Insurans Am Selangor, pejabat perbendaharaan menteri kewangan telefon tanya macam mana kita buat,” katanya berucap di Jelajah Harapan Mega Selangor malam tadi.

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar berkata BN pernah mempersoal tindakan Kerajaan Negeri berbelanja untuk rakyat, malah menganggap akan menjadi punca Selangor hilang taraf sebagai negeri maju.

“(BN dakwa) Kata kita tidak mampu membangun. Tak ada duit tarik pelabur. Sekarang kita (HARAPAN) sudah 14 tahun di Selangor.

“MB dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), rakan kongsi DAP dan Parti Amanah Negara dan kita jadi penyumbang Keluaran Dalam Negata Kasar lebih 24.8 peratus,” katanya.

Tahun lalu, Selangor menjadi penyumbang terbesar nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan hampir 25 peratus daripada keseluruhan ekonomi.


Pengarang :