Ketua jurulatih baharu Selangor Tan Cheng Hoe lulus ujian pertama apabila Gergasi Merah meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Melaka United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Oktober 2022. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Liga Super: Selangor FC tewaskan Melaka United 5-0

SHAH ALAM, 1 OKT: Ketua jurulatih baharu Selangor Tan Cheng Hoe lulus ujian pertama apabila Gergasi Merah meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Melaka United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu diumumkan sebagai ketua jurulatih Selangor, Ahad lalu dan aksi berdepan Melaka United adalah sentuhan pertamanya bersama juara Piala Malaysia 33 kali itu, lapor portal Berita Harian.

Selangor berada di depan selepas 16 minit permainan apabila Nor Hakim Hassan berjaya menanduk masuk bola hantaran Hein Htet Aung.

Gol kedua Selangor dijaringkan Mukhairi Ajmal Mahadi yang merembat kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-32.

Tindakan tidak profesional pemain Melaka United, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menyiku kepala Sharul Nazeem Zulpakar pada minit ke-73 menyukarkan lagi pasukannya untuk bangkit apabila dia dilayangkan kad merah.

Peluang itu dimanfaatkan Selangor apabila menambah dua lagi gol menerusi Brendan dan Caion pada minit ke-78 dan 90, sekali gus memberi hadiah bermakna untuk penampilan sulung Cheng Hoe.


Pengarang :